Perang Perang Cimpanzi Gombe

Pembunuhan pertama adalah oleh kelompok Kasakela pada 7 Januari 1974,[6] ketika sepasukan enam cimpanzi jantan Kasakela yang terdiri dari Humphrey, Figan, Jomeo, Sherry, Evered, dan Rodolf menyerang seorang cimpanzi jantan Kahama, Godi ketika dia sedang makan pokok secara bersendirian.[7] Ini adalah pertama kalinya salah seorang cimpanzi dilihat sengaja membunuh seorang cimpanzi jantan. Setelah mereka membunuh Godi, cimpanzi Kasakela itu meraikan hal itu dengan melempar dan menyeret dahan sambil berjerit-jeritan.

Setelah Godi tumpas, De pula dibunuh seterusnya, dan kemudiannya Hugh.[8] Kemudian datanglah Goliath, seekor cimpanzi jantan yang lebih tua. Sepanjang perang itu, Goliath telah berbaik dengan jiran Kasakelanya apabila mereka bertemu. Namun, kebaikannya tidak dibalas dan Goliath dibunuh.[9] Hanya tiga Kahama jantan yang tinggal, Charlie, Sniff, dan Willy Wally yang lumpuh akibat polio. Tanpa peluang untuk menyerang balas, Charlie pula dibunuh seterusnya.[10] Selepas kematiannya, Willy Wally hilang dan tidak langsung tidak pernah dapat dijumpai. Kahama jantan yang terakhir, Sniff yang merupakan seekor cimpanzi jantan muda, bertahan selama lebih dari satu tahun.[11] Pada satu ketika beliau dilihat mencuba untuk menyertai satu kelompok baharu, atau cuba diterima masuk semula ke dalam kelompok Kasakela, namun Sniff tidak berjaya. Akhirnya, Sniff juga tewas ke kelompok Kasakela.[12] Salah satu cimpanzi betina Kahama telah dibunuh, dua telah hilang, manakala tiga dipukul dan diculik oleh kelompok Kasakela.[13] Kasakela kemudian berjaya mengambil alih wilayah Kahama.

Walau bagaimanapun, keperolehan wilayah ini tidak kekal. Dengan hilangnya Kahama, wilayah Kasakela sekarang secara langsung bersempadan dengan wilayah kelompok cimpanzi lain iaitu kelompok Kalande.[14] Melihat kekuatan dan jumlah anggota Kalande yang kuat, serta beberapa pertempuran sengit di sepanjang itu, Kasakela dengan cepat menyerahkan banyak wilayah baru mereka. Lebih-lebih lagi, ketika mereka bergerak kembali ke utara, Kasakela diganggu oleh kelompok Mitumba yang juga melebihi mempunyai lebih banyak anggota berbanding masyarakat Kasakela. Akhirnya permusuhan tersebut tamat dan segalanya kembali menjadi biasa semula.